BERBASIKAL KENALKAN ADAT BUDAYA LUAK TANAH MENGANDUNG

Pendekatan aktiviti berbasikal dalam Jelajah Keilmuan dan Ziarah Pusaka Luak Terachi di sini merupakan usaha dalam memperkenalkan adat budaya Luak Tanah Mengandung kepada masyarakat dari pelbagai kaum dan peringkat umur.

Menurut Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsuddin Ahmad, program sempena sambutan Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir itu berjaya mengumpulkan lebih 150 peserta dari seluruh negara mengambil bahagian.

Menurutnya, Luak Tanah Mengandung merupakan luak-luak yang bernaung di bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan pemimpin di luak-luak ini bergelar Penghulu.

Terdapat lima luak di bawah Luak Tanah Mengandung iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol yang setiap luak ini memiliki adat budaya yang unik dan berlainan antara satu sama lain.

Enam destinasi persinggahan yang dilawati oleh peserta yang mempamerkan keindahan dan keunikan adat merangkumi makanan, kepimpinan, alam dan kesenian di dalam Luak Terachi.

Ia secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada peserta kayuhan yang berasal dari luar negeri berkenaan Adat Perpatih yang diamalkan di negeri itu. Setiap luak ni semua istimewa sebab ia tak sama dengan luak lain. Kita nampak Luak Terachi antara keistimewaannya sawah padi yang masih diusahakan, yang kedua ia ada empangan, iaitu Empangan Kelinci. Ketiganya, makanannya istimewa contohnya ada ikan puyu campur cepuk, kemudian pucuk kepimpinan kita nampak tapak rumah tradisionalnya masih dipelihara itu antara keistimewaan di Luak Teraci.

Destinasi terakhir jelajah keilmuan diserikan dengan keberangkatan tiba Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku Munawir ke Rumah Warisan Wan Robah.

Ia bagi mengalungkan medal kepada anakanda baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-‘Abidin yang turut menyertai kayuhan tersebut serta berkenan menyampaikan bantuan kepada rakyat di Luak Terachi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …