PESARA GURU RUGI LEBIH RM400,000 TERPEDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD

IPOH: Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM442,947 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial sejak Ogos tahun lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 69 tahun berasal dari Taman Bercham Jaya di sini dan merupakan pesara guru itu membuat laporan polis semalam apabila menyedari dirinya telah tertipu dengan skim pelaburan berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati pada Ogos 2023, mangsa yang ketika itu berada di rumah telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp bertulisan bahasa Cina iaitu “S4 Pandangan Baru Terhadap Kekayaan Group” menawarkan skim pelaburan wang menggunakan platform “Accerx” yang tidak wujud.

Katanya, suspek yang berperanan sebagai pentadbir kumpulan telah menunjukkan cara-cara menyertai pelaburan tersebut sehingga menarik minat mangsa. “Sejak itu, mangsa telah memasukkan dana sebanyak 17 kali ke dalam 12 akaun bank berbeza berjumlah RM442,947. Namun apabila mangsa ingin mengeluarkan wang keuntungan, suspek telah meminta mangsa membuat bayaran, barulah mangsa sedar beliau telah ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau memberi peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan di platform media sosial, khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti.

Sumber : astroawani

Artikel/Berita Terkini

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Satu operasi …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Ops …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut