TAHUKAH ANDA: PULAU NATUNA, ‘TERENGGANU’ DI INDONESIA

Kepulauan Natuna adalah gugusan pulau yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan. Ia terdiri daripada 272 buah pulau yang terletak di barat laut Pulau Borneo di wilayah Kepulauan Riau, milik Indonesia dan mendapat jolokan “Pulau Terluar Indonesia”.

Pulau terbesar dalam gugusan pulau tersebut adalah Pulau Serindit atau Pulau Bunguran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan nama Natuna.

Pada tahun 2018, jumlah populasi Kepulauan Natuna adalah berjumlah 76,968 orang dengan 85.27% adalah berketurunan Melayu, 6.34% jawa, 2.52% cina dan selebihnya Minangkabau, Batak, Bugis, Banjar dan lain-lain. 96.82% penduduk di Kepulauan Natuna mengamalkan gaya hidup islam dan hanya 2.8% beragama Kristian katolik, protestan dan buddha.

Uniknya,  Kepulauan Natuna sedikit berbeza dengan tanah jajahan Belanda yang lain di Indonesia seperti Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Nusa Tenggara, Makassar dan Papua. Semasa Perjanjian 1824 dibuat, kepulauan Natuna masih lagi di bawah pengaruh kesultanan Melayu menerusi pemerintahan Baginda Wan Muhammad al-Fathani. Faktor ini dan faktor geografi yang berdekatan Negeri Terengganu dan Sarawak menyebabkan Kepulauan Natuna masih mempunyai sentuhan pengaruh kesultanan Melayu.

Apa yang menarik adalah, bahasa pertuturan utama di Kepulauan Natuna adalah Bahasa Melayu yang sangat mirip dengan dielek pertuturan orang Terengganu di Malaysia selain turut mengamalkan tradisi dan kebudayaan Terengganu. Malahan, tarian Ulik Mayang juga adalah tarian tradisi untuk menyambut tetamu dari luar.

Makanan tradisional di Kepulauan tersebut juga tidak jauh berbeza dengan makanan tradisional di Negeri Terengganu. Antaranya nasi dagang, kayu keramat, pulut lempa dan  onde-onde yang menjadi antara kuih tradisional kegemaran penduduk. Laksa kuih putih seperti dinikmati rakyat Terengganu juga merupakan antara makanan tradisional di Kepulauan Natuna dengan dikenali sebagai ‘Lakse Kuah’. Masyarakat di Kepulauan Natuna juga menikmati pelengkap hidangan yang seakan-akan budu di Terengganu namun ia dipanggil sebagai ‘Pedek’. Lain-lain yang terdapat di sana ialah kuih ‘bengka’ yang diperbuat dari ubi dan juga lemang sebagaimana lemang di Kijal Kemaman.

Pulau Natuna kini sering menjadi destinasi pelancongan oleh rakyat Malaysia sendiri dan terdapat beberapa agensi pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan ke Pulau Natuna melalui jalan udara dan laut. Mungkin sudah tiba masanya kita pula menjemput penduduk Natuna melancong ke Terengganu!

 

Sumber : Wikipedia, teganukita.blogspot.com, mstar.com.my, APHD Channel (Youtube)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut