SYOR KURSUS PENDIDIKAN KEAMANAN DIPERKENALKAN KEPADA MAHASISWA

Kursus Pendidikan Keamanan disyor untuk diperkenalkan kepada golongan mahasiswa di universiti-universiti di negara ini. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, di universiti-universiti Eropah, kursus pendidikan keamanan didapati mula popular dikembangkan kepada para pelajar.

Teori dan amalan pelaksanaan keamanan daripada pelbagai perspektif tamadun ditelusuri secara perbandingan dan menyeluruh.Β Beliau yakin bahawa pengenalan kursus sebegini dapat membangunkan penghayatan kepentingan keamanan dalam kalangan generasi muda dan masyarakat sekali gus mampu menampakkan keberkesanan yang lebih bermakna.

Beliau juga berharap agar USIM dapat memainkan peranan substantif dalam menyumbang terhadap keamanan dan keharmonian negara dan tamadun dunia.

Dalam konteks ini juga, keamanan dan keharmonian adalah asas pada segala-galanya. Sekiranya kita menelusuri wacana Maqasid al- Syariah yang meletakkan lima teras utama bagi pencapaian risalah Islam di muka bumi ini iaitu, pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta hakikatnya ia tidak mungkin dapat dicapai dan direalisasikan tanpa wujudnya persekitaran hidup masyarakat yang aman, tenteram dan sejahtera.

Dalam erti kata lain, keamanan dan keharmonian adalah pra-syarat terhadap pencapaian maqasid al-syariah itu sendiri. Oleh yang demikian, membina keamanan dan keharmonian masyarakat dan negara telah menjadi aspek perjuangan luhur dan mulia semua pihak.

Rakyat Malaysia patut rasa bersyukur kerana para alim ulamak juga sarjana Muslim klasik dan semasa, sentiasa terlibat dalam membangunkan kefahaman umat terkait kepentingan penglibatan mereka dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

 

Sumber:Β Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

DBKK KELUARKAN DUA KOMPAUN LIBATKAN PREMIS HIBURAN

PERIKSA: Anggota dari Jabatan Pelesenan DBKK menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis hiburan dalam operasi itu.Β Gambar ihsan DBKK KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

π—žπ—˜π— π—£π—˜π—‘ π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Panggilan untuk …
Maklumat Lanjut