MAJLIS PERBANDARAN PENAMPANG JADI REALITI TIDAK LAMA LAGI

PENAMPANG: Penaiktarafan Majlis Daerah Penampang kepada majlis perbandaran tidak lama lagi dapat dicapai atas usaha Kerajaan Negeri GRS, kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk John Ambrose.

“Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan ketika itu Datuk Seri Masidi Manjun, kini Menteri Kewangan, melihat keperluan untuk menaik taraf Penampang menjadi majlis perbandaran selepas mengambil alih pentadbiran negeri pada hujung 2020 dan penduduk di daerah ini gembira apabila ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi,” katanya.

Ambrose, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tugas-tugas Khas Gagasan Rakyat, berkata penduduk Penampang akan sentiasa bersyukur dengan visi Hajiji dan Masidi dalam menaik taraf daerah itu.

“Dengan menaik taraf Penampang menjadi majlis perbandaran, penduduk mengharapkan peningkatan dalam perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Harian Ekspres (Sabah)

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut