PENYERTAAN MKN SABAH DALAM PROGRAM MOBILE COMMUNITY SERVICES (MCS) SIRI 2/2024 DI KG TIBABAR, RANAU SABAH PADA 14 JANUARI 2024

 

Berlokasi di antara kampung terpencil di daerah Ranau Sabah, Kg. Tibabar menjadi lokasi bagi Siri ke-2 Program Mobile Community Services (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysai Sabah pada tahun ini. Cabaran suasana hujan dan berlumpur mulai dari hari persiapan sehinggalah hari program sebenar 14 Januari 2024 (Ahad), tidak mematahkan semangat pasukan MKN Sabah dalam membuat persiapan dan seterusnya melaksanakan acara sebenar dengan jayanya.

MCS Tibabar tetap mendapat sambutan yang sangat meriah daripada penduduk Kg. Tibabar serta kampung-kampung sekitar. Penyertaan sebanyak 30 agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan. Kehadiran seramai 1000 pengunjung menjadi bukti dan kepuasan penduduk kampung yang dapat menerima perkhidmatan kerajaan dan agensi turun padang ke kawasan mereka.

Pihak MKN Sabah telah diberi amanah untuk menyampaikan taklimat berkaitan Dasar Keselamatan Negara (DKN) di samping melaksanakan aktiviti interaktif seperti kuiz bersama penduduk. Penyertaan MKN Sabah di platform ini dilihat sebagai wadah berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada golongan sasar khususnya di kawasan pendalaman.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut