Angka penduduk terjejas terus menurun dengan seramai 264 mangsa daripada 64 keluarga masih ditempatkan di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan lima daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Segamat dan Mersing setakat laporan jam 8 pagi, hari ini.
Penduduk dikawasan berisiko dinasihatkan patuh kepada arahan pihak berkuasa serta mengamalkan langkah berjaga-jaga daripada sebarang ancaman haiwan berbahaya apabila pulang ke rumah dan melakukan kerja pembersihan.