DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Polis Barat Daya membuat Pemantauan Pencegahan Jenayah di kedai-kedai serbaneka (24 jam) sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Batu Maung. Pemantauan secara berkala ini dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pihak polis dalam menangani kes-kes jenayah terutamanya kes samun di kedai serbaneka (24 jam).
Selain itu juga, pekerja kedai 24 jam juga dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan sekitar supaya pihak polis boleh mengambil tindakan dengan kadar segera.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya