Forward Medical Team (FMT) 8 Briged yang diwakili Kapt (Dr) Mohd Aizuddin telah berganding bahu bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan di kawasan yang teruk terjejas di daerah Pasir Mas dengan jumlah mangsa yang mencecah 629 orang. Pasukan FMT sangat komited dalam memberi khidmat yang terbaik kepada mangsa-mangsa banjir dalam apa jua keadaan.
Mangsa banjir juga mengambil peluang melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memeriksa tahap kesihatan dan mendapatkan rawatan susulan bagi penyakit- penyakit kronik.