Pasir Mas, 28 Dis 23: Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd), YBhg Brigedier Jeneral Dato’ Azudin bin Hassan telah mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim melaksanakan lawatan kerja melawat mangsa-mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan.
Acara dimulai dengan penyampaian taklimat ringkas situasi banjir di Kelantan yang telah disampaikan oleh ATM, PDRM dan APM dan lawatan di Jambatan Lubok Jong. Seterusnya YAB PM telah menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Lati, Pasir Mas.
Dalam ucapannya, YAB PM mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang telah bertungkus lumus membantu serta menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.