DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: Keselamatan Rakyat
Penguatkuasaan Undang-Undang
Pada 25 Disember 2023 (Isnin), Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan Khas Ops Ulat dan E- Hailing, iaitu melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram, di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Sebanyak 2 buah kenderaan persendirian telah dikesan dan dikenakan tindakan atas kesalahan dibawah Seksyen 16 APAD 2010, Beroperasi Tanpa Lesen yang sah dan Seksyen 22 APAD 2010, Langgar Syarat Permit dan 1 buah kenderaan E-Hailing telah dikenakan tindakan atas kesalahan tiada pelekat E-Hailing dan gagal kemaskini rekod kenderaan. JPJ juga turut menyita sebuah kenderaan dalam operasi tersebut.
Dibawah Seksyen 16 APAD 2010, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Seksyen 22 APAD 2010, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.