MASYARAKAT MUDAH TERTIPU DENGAN HELAH SCAMMERS

Penerangan mengenai bahaya scammers perlu dipergiatkan. Itu antara penekanan yang dinyatakan oleh Supt. Mohd Azizul Mohd Khairi, Ketua Polis Daerah Kulim dalam satu sesi kunjung hormat di pejabat beliau, sebentar tadi.

Untuk rekod, setakat Januari hingga November tahun ini, sebanyak 32,462 kes scam online dengan nilai kerugian sebanyak RM1.3 bilion telah dicatatkan dalam Malaysia. Memetik laporan dalam Berita Harian bertarikh 9 Disember 2023, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 37.5 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 23,608 kes membabitkan nilai kerugian RM771.1 juta.

Kunjungan hormat yang diadakan ini bertujuan membincangkan mengenai hubungan dua hala dan kerjasama di antara PDRM dan MKN yang sedia terjalin serta fokus keselamatan yang perlu ditumpukan bagi gerak kerja tahun mendatang melibatkan isu-isu keselamatan di daerah Kulim khususnya dan negeri Kedah, amnya.

Hadir dalam sesi kunjung hormat ini ialah Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kulim, Encik Mior Ahmad Shah Mior Shahidin dan juga Penolong Pengarah (Polis), Tuan DSP Abdul Samad Othman.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut