1,561 BUBU NAGA BERNILAI RM234,150.00 DISITA DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: Keselamatan Rakyat

Penguatkuasaan Undang-Undang

GEORGE TOWN – Jabatan Perikanan Pulau Pinang (DOF) menyita sebanyak 1,561 unit bubu naga dengan anggaran nilai RM234,150 di sekitar perairan negeri ini sejak Januari sehingga 13 Disember ini.

Pengarahnya, Zarina Zainuddin berkata, ini termasuklah 175 unit bubu naga dengan anggaran nilai RM26,250 yang telah disita di bawah Seksyen 11(3)(c) iaitu menggunakan peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah.

“Penyitaan ini dilakukan semasa siri pemeriksaan dilaksanakan di negeri ini. Pihak kami tidak akan bertolak ansur terhadap isu pelanggaran peraturan dan perundangan serta menyeru kepada semua nelayan atau mana-mana individu untuk tidak melakukan kesalahan yang menyalahi Akta Perikanan 1985 terutamanya apabila melibatkan aktiviti penangkapan ikan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menurutnya, selain itu, pihaknya juga turut menahan 24 kru nelayan warga asing berusia antara 20 hingga 40 tahun yang bertugas di enam vesel tempatan tanpa kebenaran sah.

“Warga asing yang ditahan ini datang dari pelbagai negara antaranya Myanmar, Indonesia dan lain-lain dan sebelum ini kita telah menyita 33 banih pukat hanyut yang melebihi 10 inci (25.4 sm) saiz mata pukat berukuran panjang 764 meter pada 6 Disember lalu dengan anggaram RM16,500,” ujarnya.

 

Sumber:

KOSMO

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut