SENI, BUDAYA ISLAM PERLU DIPERKASA DI BAWAH KONSEP MALAYSIA MADANI

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Karya seni dan budaya Islam harus terus diperkasakan di bawah konsep Malaysia MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata konsep Madani bukan hanya bermakna untuk membangunkan ekonomi tetapi juga membangunkan seni dan budaya Islam kerana ia merupakan antara yang menjadi tunggak kebangkitan di rantau ini.

Justeru, beliau berharap supaya rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk memanfaatkan sepenuhnya Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) yang mempamerkan mengenai sejarah kesenian dan kebudayaan Islam.

“Saya juga berbisik kepada (Menteri Komunikasi) Fahmi Fadzil supaya kita hebahkan lagi (MKIM) untuk ia menjadi tarikan tersendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pameran “Perjalanan Menelusuri Seni Islam” dan “Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim” di MKIM, di sini malam ini.

Kedua-dua pameran itu dilancarkan sempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 MKIM dengan majlis pelancaran itu dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fahmi dan Pengarah MKIM Syed Mohamad Albukhary.

Mengenai ulang tahun ke-25 MKIM, Anwar mengucapkan tahniah di atas penubuhannya dan memuji usaha muzium itu, termasuk Yayasan Albukhary yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan dan kerancakan dunia seni Islam di Malaysia.

“Saya tidak ingat berapa kali pelawat menanyakan saya mengenai muzium ini sebelum saya berpeluang memuji tarikannya.

Sama ada untuk orang Islam atau mereka daripada agama lain, pengetahuan mengenai kebudayaan Islam seharusnya direkodkan dan disimpan,” katanya.

– BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut