DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Polis Barat Daya membuat Pemantauan Pencegahan Jenayah di kedai-kedai serbaneka (24 jam) sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Bayan Lepas, Balai Polis Teluk Kumbar dan Balai Polis Queensbay.
Operasi pemantauan diadakan secara berkala supaya dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pihak polis dalam menangani kes-kes jenayah terutamanya kes samun di kedai serbaneka (24 jam). Selain itu juga, pekerja kedai dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan sekitar supaya pihak polis boleh mengambil tindakan dengan kadar segera.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484