SEBUAH BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GAJIKAN KRU WARGA ASING

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: Keselamatan Rakyat

(Penguatkuasaan Undang-Undang)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 48 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada tengah hari semalam.
Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, KM Burau yang ditugaskan di dalam perintah operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan terbabit sedang bergerak di posisi berkenaan.
Justeru, KM Burau menghampiri BNT tersebut dan pasukan menggeledah telah melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati lima kru termasuk tekong warga Myanmar berada di atas bot berkenaan. Kesemua mereka berumur 22 hingga 45 tahun.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit kelulusan penggunaan kru bukan warganegara daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Kesemua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu penggeledahan dilaksanakan.
BNT tersebut kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pass yang sah. Kru warga asing terbabit telah direman selama 14 hari bersama anggaran 1500 Kilogram hasil laut bagi membantu siasatan.

Artikel/Berita Terkini

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut

5 OGOS PENGURUSAN KES DUA ADUN DAN AHLI PERNIAGAAN

TIBA: Andi semasa tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini menetapkan …
Maklumat Lanjut

LELAKI DIKHUATIRI TERJUN SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam. KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dikhuatiri terjun ke …
Maklumat Lanjut