BENGKEL KOMUNIKASI STRATEGIK TAHUN 2023 DI NEGERI PULAU PINANG

Pada 5 dan 6 November 2023, telah berlangsungnya Bengkel Komunikasi Strategik anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang di Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang.
Bengkel yang memberi fokus memperkukuhkan gerak kerja MKN negeri ini turut melibatkan warga kerja Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak sebagai peserta.
Konsep komunikasi startegik diketengahkan menerusi bengkel kali ini atas dasar untuk memantapkan sistem komunikasi dalam kalangan warga kerja MKN. Kegagalan komunikasi atau komunikasi yang salah dalam penyampaian maklumat dari Agensi Kerajaan kepada rakyat mahupun dalam gerak kerja sesebuah institusi boleh membawa kesan negatif terhadap kesepaduan nasional khususnya hubungan sesama insan.
Mengambil kira akan kata-kata keramat “𝘒𝘦𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘕𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 𝘛𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢”, MKN Negeri Pulau Pinang berharap pelaksanaan bengkel ini dapat memberikan impak positif dalam sistem komunikasi dalam kalangan warga kerja dan juga penyampaian maklumat yang lebih efektif kepada rakyat.
Ucapan penghargaan diucapkan kepada para penceramah jemputan daripada MKN Ibu Pejabat, Jabatan Perdana Menteri, Encik Luqman bin Subki dan Cik Amrina binti Ahmad atas perkongsian ilmu dan pengalaman bermanfaat kepada peserta.

Artikel/Berita Terkini

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut

“𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗘𝗦𝗦..?”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Dalam suasana …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗗𝗔𝗥

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut