𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 (𝗫-𝗣𝗘𝗡𝗬𝗨) 𝗟𝗔𝗣𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗠𝗨𝗗 𝟮𝟬𝟮𝟯

Latihan Amal Bencana Udara telah diadakan pada 23 Okt 2023 yang merangkumi aktiviti Table Top Exercise (TTX) sepertimana yang terkandung di dalam Peraturan-peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrome) 2016. Manakala Field Training Exercise (FTX) akan dilaksanakan pada 25 Okt 2023

Latihan ini dijalankan bersama pelbagai agensi keselamatan yang terlibat untuk memenuhi keperluan pihak berwajib dan memastikan kesiapsiagaan Malaysia Airports, Jabatan dan agensi yang terlibat dalam menghadapi bencana udara di Lapangan Terbang Melaka. Latihan ini juga bertujuan melatih tindakan penyelamat dan kemahiran komunikasi dengan lebih baik sekiranya sebarang insiden berlaku dilapangan terbang ini. Selain itu, latihan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha komuniti lapangan terbang untuk memperkukuh kesediaan dan daya tahan lapangan terbang dalam menguruskan sebarang krisis atau situasi kecemasan.

Latihan amal kelolaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud ini dijayakan oleh pelbagai jabatan iaitu CGSO, JBPM, PDRM, KKM, JKM, MKN, APMM dan juga APM.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut