MATTA FAIR MELAKA 2023 TAWAR ‘SUNSET CRUISE’ DI SELAT MELAKA

AYER KEROH – Lebih 100 pakej pelancongan baharu ditawarkan pada MATTA Fair Melaka 2023 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan Melaka Megamall pada 6 hingga 8 Oktober depan.

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka, Goh Hock Gin berkata, antara produk baharu yang diketengahkan adalah pakej Taman Laut Melaka, Selam Skuba dan ‘Sunset Cruise’.

Katanya, pada penganjuran itu 30 peratus pakej-pakej domestik yang ditawarkan adalah membabitkan penggiat industri pelancongan negeri.

“Antara yang menarik pada penganjuran MATTA Fair Melaka 2023 adalah Sunset Cruise, iaitu pelancong dibawa menaiki kapal bagi menyaksikan keindahan pemandangan matahari terbenam di kawasan pulau di perairan Selat Melaka.

“Turut ditawarkan pakej mengeliling pulau sekitar negeri ini menerusi Pakej Taman Laut Melaka.

Sementara itu pelancong memilih aktiviti selam skuba pula boleh menikmati keindahan batu karang di Taman Laut.

“Kesemua pakej baharu ini merupakan produk pelancongan yang akan kita tawarkan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Goh berkata sepanjang MATTA Fair Melaka 2023 nanti, semua pakej pelancongan ditawarkan pada harga berpatutan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut