LIMA PROJEK BAHARU RANCANGAN TEBATAN BANJIR DILULUSKAN DI NEGERI SEMBILAN

Sebanyak lima projek baharu rancangan tebatan banjir (RTB) di Negeri Sembilan telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan dan ia akan mula dilaksanakan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, apabila kesemua projek itu siap yang dijangka pada tahun 2030, ia akan dapat menyelesaikan masalah banjir di yang sering berlaku di daerah terlibat. Ia satu berita yang baik dan beliau berharap kelulusan baharu ini akan dapat dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini dan awal tahun depan. Kosnya tidak dapat diperincikan sedang diuruskan dengan tender juga sedang dibuka.

Sebelum ini, tindakan jangka pendek diambil dengan memberikan projek mengorek sungai di beberapa kawasan bagi mengurangkan banjir di Seremban dan jangka panjangnya saya yakin dengan adanya projek RTB ini ia juga dapat mengurangkan kesan banjir di daerah ini.

Lima projek RTB itu adalah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Pedas, Rembau; RTB Sungai Raya, Linggi, Port Dickson; RTB Sungai Solok, Linggi, Port Dickson; RTB Sungai Jelai, Kuala Pilah dan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi, Fasa Lima dari Rantau ke Ampangan di daerah Seremban

Projek jambatan Sungai Sepang yang menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang di Selangor juga telah diluluskan kerajaan Persekutuan. Dengan adanya pembinaan projek berkenaan di harap akan dapat merancakkan lagi pembangunan di negeri ini.

Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut