OPS TIRIS

Sejumlah 4,800 liter barang kawalan berjadual yang disyaki diesel bersubsidi bernilai RM10,320.00 berjaya diselamatkan oleh sepasukan Penguat Kuasa KPDN dalam serbuan OPS TIRIS yang dijalankan di sebuah premis tanpa nombor, di Rantau, Negeri Sembilan pada 1 September 2023 jam 3.00 pagi. Turut disita dalam serbuan tersebut, sebuah lori dan enam (6) unit tangki IBC yang menjadikan anggaran jumlah nilai rampasan RM 21,520.00. Sitaan dibuat bagi kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Serbuan OPS TIRIS yang melibatkan lima (5) anggota penguat kuasa itu dibuat hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dibuat oleh anggota serbuan di kawasan tersebut. Pemeriksaan menyeluruh ke atas premis mendapati terdapat sebuah lori dengan kanvas berwarna jingga bersama 6-unit tangki IBC berisi minyak disyaki diesel bersubsidi di atas lori tersebut. Pemandu lori tersebut disyaki telah melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota serbuan di lokasi tersebut. Lori disyaki dijadikan sebagai transporter pengumpulan dan pengedaran minyak diesel untuk diseleweng.

KPDN Negeri Sembilan akan terus konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN, khususnya dalam membanteras ketirisan dan penyelewengan barang kawalan diesel bagi memastikan aktiviti haram yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Sumber: KPDN Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

REGATTA LEPA SEMPORNA BUKTI KUKUH WARISAN BUDAYA SABAH

TAHNIAH: Christina (tengah) menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) kepada Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Penganjur, Alexander Liew …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

JANGAN TERPEDAYA DENGAN CERITA TIDAK SAHIH DI MEDIA SOSIAL

RASMI: Hajiji memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik rasminya majlis itu. TUARAN: Rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan …
Maklumat Lanjut