APA ITU MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME (MERS)?

Maka, berakhir sudah musim haji untuk tahun ini dan barangkali begitu ramai ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang tidak sabar menunggu kepulangan para Jemaah. Sebagai persediaan menyambut kepulangan mereka, elok juga kiranya bersikap waspada dan berhati-hati apatah lagi mengambil kira mereka ini pulang dari jauh dan bertemu sebegitu ramai umat manusia dari seluruh pelusuk dunia. Manalah tahu, selain membawa pulang keberkatan dan haji mabrur, ada pula penyakit atau virus yang menumpang sama.

MERS adalah salah satu penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus korona. Keluarga virus korona ini boleh mengakibatkan penyakit pada manusia seperti selesema biasa sehingga Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Severe Acute Respiratory Syndrome – SARS)

Berikut dikongsikan beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit bawaan:

  • Elakkan kontak rapat dengan individu yang sakit: Hindarkan diri anda dari mendekati orang yang mempunyai gejala jangkitan seperti batuk, selesema, atau demam. Berikan sedikit tempoh masa bertenang kepada mereka setelah tiba di tanah air. Selang beberapa hari, barulah bersegera melawat dan bertanya khabar.
  • Amalkan pemakaian pelitup muka : Setelah mengamalkannya sepanjang dua tahun yang sudah, elok juga kiranya ia dipraktikkan ketika menyambut Jemaah yang pulang. Pengalaman lalu harus menjadi iktibar selalu.
  • Pantau kesihatan diri : Penting kepada Jemaah yang pulang atau sanak saudara yang menunggu untuk memantau kesihatan diri dalam tempoh terdekat bagi memastikan tiada penyakit yang berjangkit.

Kesan virus kepada tubuh badan manusia bergantung kepada banyak faktor termasuk jenis virus, kekuatan sistem imun individu dan tahap penjagaan kesihatan yang diambil oleh individu dan masyarakat. Adalah penting untuk kita semua mematuhi langkah-langkah pencegahan yang disyorkan oleh pihak berkuasa kesihatan bagi melindungi diri dan orang lain selaras dengan Teras 8 Keselamatan Rakyat (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan).

Disediakan oleh: Mardiana Mohamad

Sumber: APA ITU MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME (MERS)?

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut