PERKONGSIAN LESTARI MARITIM BERSAMA RAKAN STRATEGIK PERINGKAT DAERAH LARUT, MATANG & SELAMA

LARUT, 26 Jun 2023 – Sesi Perkongsian Lestari Maritim anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak dan APMM Larut telah berlangsung semalam dengan kehadiran rakan agensi di daerah ini.

Program ini turut diserikan dengan lawatan kerja di sekitar perairan Kuala Sepetang, Pulau Pasir Hitam dan Bagan Panchor bagi mendalami dengan lebih dekat berhubung operasi yang dilaksanakan oleh anggota keselamatan demi memastikan perairan negara terus terpelihara.

Turut hadir, YBrs Tuan Mohd Nasrul bin Menhat (Pegawai Daerah LMS) dan YBrs Tuan Hj Khairul Ridzuan bin Mat Saad (Pengarah Keselamatan Negeri Perak) bersama delegasi.

Diharapkan dengan usaha sebegini dapat meningkatkan kesedaran dan pendedahan bagi memperkukuh kedaulatan dan keutuhan wilayah seperti yang termaktub dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut