KOMUNITI SEJAHTERA PEMANGKIN NEGARA PROGRESIF BERSAMA QARYAH MASJID BAGAN AIR ITAM, BALIK PULAU

Telah berlangsung dengan jayanya Program Komuniti Sejahtera Pemangkin Negara Progresif Bersama Qaryah Masjid Bagan Air Itam, Balik Pulau melibatkan kolaborasi strategik dari RELA Daerah Barat Daya (Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Pulau Pinang – Laman Rasmi). Program yang mengetengahkan elemen Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (Community Based Security Management, CBSM) ini turut melibatkan peranan segenap lapisan masyarakat dalam memahami konsep “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”.
Antara aktiviti menerusi program pada hari ini adalah sesi gotong-royong, taklimat berkaitan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 dan juga pemberian sumbangan bakul makanan yang diterima oleh wakil anak-anak qaryah. Aktiviti ini adalah selaras dengan elemen CBSM iaitu cakna dan prihatin ahli masyarakat serta memupuk keharmonian masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut