MASJID JAMEK SEREMBAN LAMBANG KEAGUNGAN SYIAR ISLAM DI NS

SEREMBAN – Kebiasaannya seni bina bangunan di Negeri Sembilan dikaitkan dengan unsur Minangkabau yang mencerminkan sistem Adat Perpatih, namun berbeza dengan reka bentuk bangunan Masjid Jamek Seremban.

Masjid yang berusia lebih 100 tahun itu mirip bangunan yang terdapat di Melaka dan merupakan masjid tertua di Seremban. Mengikut sejarah, masjid berkenaan diwakafkan bersama oleh Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan Sheikh Abdul Rahman Sheikh Safar Alghamdi yang dikatakan antara pendakwah terkenal di Arab Saudi ketika itu.

Keunikan seni binanya menjadikannya dikagumi ramai sekali gus menjadi tarikan pelancong, malah ia turut didaftarkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Menurut waris keluarga Sheikh Abdul Rahman Safar iaitu Mohammad Yaser Abdul Rahman, 39, ย ramai yang mengatakan masjid itu tertua di Negeri Sembilan, tetapi sebenarnya tertua di Seremban.

Mengikut dari segi sejarahnya, Allahyarham Sheikh Abdul Rahman Safar telah datang ke tanah Melayu disebabkan pergolakan dan peperangan yang berlaku di tanah Arab pada awal tahun 1900. Apabila sampainya ke tanah Melayu, Allahyarham telah berbincang dengan Allahyarham Dato Bandar Haji Ahmad dan bersetuju untuk mewakafkan sebuah masjid di bandar Seremban memandangkan waktu itu tiada masjid di kawasan itu.

Menurutnya, masjid berkenaan telah pun dinaik taraf oleh kerajaan negeri, namun bangunan utamanya tidak terjejas termasuk menara masjid yang dibina pada 1924 yang masih dikekalkan. Uniknya menara masjid terbabit, kata Mohammad Yaser kerana ia dibina serentak dengan tahun kejatuhan Empayar Uthmaniyah, ia sebagai satu simbolik.

Paling utamanya ialah sejarah Allahyarham Sheikh Abdul Rahman Safar itu sendiri yang merupakan salah seorang pembesar yang membantu Bani Hashim yang menjadi gabenor di tanah Arab ketika itu. Sebab itulah masjid ini menjadi antara tarikan pelancong serta menjadi lambang keagungan syiar Islam di Negeri Sembilan.

Menurutnya lagi, bagi memastikan sejarah itu tidak dilupakan, dia kini dalam proses menyiapkan buku berkenaan masjid berkenaan. Inisiatif itu juga diambil supaya sejarah mengenainya dapat dihimpunkan serta menjadi bahan rujukan memandangkan ia melibatkan sejarah besar Islam. Setakat dalam pengetahuannya, belum pernah ada lagi sebarang manuskrip atau buku berkenaan sejarah Masjid Jamek Seremban. Sebagai waris kepada Allahyarham Sheikh Abdul Rahman Safar, beliau merasakan penting untuk merekodkan segala sejarah mengenai masjid ini supaya ia tidak hilang dan bernasib baik kerana turut mendapat kerjasama daripada kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Muzium Negeri Sembilan.

sumber:ย Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut