PORT DICKSON: Semua pihak termasuk kerajaan, syarikat korporat dan orang ramai diseru untuk memberikan sokongan dalam usaha penanaman semula pokok bakau di kawasan-kawasan berisiko di negeri ini.
Menurut Pengarah Projek Program Sempena World Ocean Day 2023, Pertubuhan Kebajikan N9 Sayang, Noor Fadzli Shah, usaha berkenaan bagi memelihara dan memulihara kawasan bakau dalam memastikan kelestarian biodiversiti ekosistem marin.
Pada bulan Oktober 2020 satu kejadian tumpahan minyak mengakibatkan ancaman kemusnahan hutan paya bakau Pantai Cermin di Port Dickson. Kesan kemusnahan menyebabkan berlakunya kehilangan habitat dan ekologi semulajadi, hakisan tanah, pengurangan kawasan pembiakan sumber makanan dan banjir.
Walaupun pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesahkan tiada lagi kesan tumpahan minyak namun sehingga kini sangat sedikit penanaman semula telah dilakukan.
Beliau berharap penanaman semula dan pemeliharaan bakau ini perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini berlaku.
Noor Fadzli turut memaklumkan, dalam menyokong usaha berkenaan, pihaknya turut menganjurkan aktiviti menanam anak pokok bakau dan pembersihan pantai di Pantai Cermin di sini yang turut diadakan bersempena Hari Lautan Sedunia 2023.
Pihanknya menyasarkan sebanyak 5,000 batang anak pokok bakau ditanam di beberapa lokasi paya bakau di negeri iniΒ menjelang bulan Disember antaranya termasuk di Pantai Cermin, Lukut, Chuah serta Linggi yang terletak di kawasan sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.
Penanaman semula ini bakau ini perlu diteruskan termasuk dengan kerjasama dari syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Belau pasti pemuliharaan kawasan paya bakau ini dapat direalisasikan sepenuhnya dengan bantuan atau kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, NGO dan penduduk sekitar.
Sumber:Β Utusan Malaysia