LEBIH 412KM PAIP AC SUDAH DIGANTI HDPE

 

KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor memaklumkan penggantian paip lama jenis AC (Asbestos Cement) kepada paip baharu HDPE (High Density Polyethylene) sedang berjalan lancar melibatkan Pakej 1 dan Pakej 2 bermula 29 Mac 2022.
Menurutnya, jumlah keseluruhan paip lama AC di Kelantan yang akan ditukar adalah sepanjang 4006 kilometer (km) dan lebih 412km sudah berganti baharu.
Kawasan penukaran paip baharu itu melibatkan Kota Bharu Timur, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai bagi pakej 1 sepanjang 103,010 meter yang sedang dilaksanakan. Kerja-kerja penggantian paip lama kepada paip baru giat dijalankan termasuk kawasan Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan bagi pakej 2 dengan panjang paip 123,668 meter. Pakej ini dijangka tamat projek pada 28 Mac 2024 bagi pakej 1 dan 12 Julai 2024 bagi pakej 2.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut