PROGRAM ini merupakan program kolaborasi strategik antara Majlis Keselamatan Negera (MKN) Negeri Pulau Pinang bersama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Pulau Pinang.
Program telah berlangsung pada 08 Jun 2023 (Khamis) di bilik seminar Pulau Mutiara, Bandar Bayan Baru.




Sesi taklimat dan percambahan ilmu ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Nor Affandi b. Mohamed Rashid (Pengarah CGSO), YDH. Supt. Loo Chee Kwan Dari IPK Pulau Pinang dan YBrs. PKPgB Azlan b. Ahmad. Program ini telah dihadiri oleh semua wakil instalasi sasaran penting Negeri Pulau Pinang, MKN dan CGSO.