2 Mei 2023 (Selasa) : Johor Bahru – Kunjungan hormat oleh Yang Berusaha Tuan Junaid Izuddin bin Abdul Aziz, Pemangku Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor ke atas Yang Berusaha Tuan Misbahudin bin Parmin, Pengarah Kastam Negeri Johor, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor telah diadakan pada hari ini di Menara Kastam Johor, Larkin, Johor Bahru, Johor.
Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara MKN Negeri Johor dan JKDM Negeri Johor, merangka beberapa perancangan pelaksanaan program serta membincangkan mengenai isu-isu semasa keselamatan di Negeri Johor.
MKN Negeri Johor merakamkan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada JKDM Negeri Johor atas kerjasama baik dan komitmen yang telah diberikan.Semoga hubungan jalinan kerjasama yang erat ini dapat diteruskan hingga ke masa akan datang.





