𝗖𝗔𝗥𝗜𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 | 𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗠𝗧 𝗣𝗔𝗕𝗟𝗢 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥, 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗞𝗥𝗨 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡

𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗥𝗨, 𝟮 𝗠𝗲𝗶 – Operasi CARILAMAT kapal tangki MT Pablo yang dilaporkan terbakar semalam telah memasuki hari kedua dengan misi pencarian tiga orang kru kapal berkenaan yang masih hilang dilaksanakan pasukan SAR yang dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Mangsa berkenaan dikenali sebagai Satyam Tripathi, 26 dan Dinesh Kumar Chauhan, 34 masing-masing merupakan warganegara India. Seorang lagi mangsa ialah Sabit Shenderovsky, 37 warganegara Ukraine.
Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang juga Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, seramai 25 orang kru MT Pablo berjaya diselamatkan.
Daripada jumlah berkenaan empat orang kru mengalami kecederaan serius di tangan, pinggang dan kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan di sana.
Datuk Saiful menambah, sebuah pesawat udara AW 139 milik Maritim Malaysia bersama sembilan buah aset laut dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Laut Malaysia dan Pelabuhan Johor dan Pasir Gudang dengan kekuatan seramai 136 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi ini.
Sehingga waktu ini aset yang terlibat di dalam Op CARILAMAT ini sedang mempergiatkan usaha untuk mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang masih belum ditemui. Kawasan pencarian oleh pasukan SAR dibahagikan kepada empat sektor dan telah diperluaskan sehingga 71 batu nautika persegi dari tempat kejadian.
Semalam, kapal tangki MT Pablo yang berdaftar dari Gabon, Afrika dengan jumlah 28 orang kru terdiri daripada warganegara India, Ukraine, Rusia dan Pakistan sedang dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura sebelum terbakar di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili pada sekitar pukul 3 petang.
.
LAKSAMANA MADYA MARITIM DATUK SAIFUL LIZAN BIN IBRAHIM
PEMANGKU KETUA PENGARAH AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA
May be an image of submarine and ocean
May be an image of ocean
May be an image of the Panama Canal
May be an image of 6 people, aircraft and text
May be an image of submarine and ocean

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut