SISTEM PENGURUSAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL 

  

 Perbincangan berkenaan sistem pengurusan pekerja asing adalah topik yang dinamik dan pasti akan melibatkan isu migrasi. Migrasi boleh ditafsirkan sebagai pergerakan penduduk yang berlaku buat beberapa ketika bergantung kepada lama masa yang diambil sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek dan sebagai pemindahan seseorang individu melintasi sempadan kawasan. Migrasi juga didefinisikan sebagai perubahan kekal penduduk dan mengkategorikan migrasi antarabangsa kepada tetap (permanent) termasuk ‘family reunion’, pekerja kontrak sementara (temporary contract workers) yang menetap untuk satu tempoh di mana pekerja dalam kategori ini termasuklah pekerja separuh mahir dan tidak mahir, pekerja professional dan mahir yang bekerja, pekerja tidak sah, orang ramai yang mencari perlindungan politik dan pelarian.  

 Permintaan terhadap pekerja asing ke Malaysia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, tenaga kerja asing di Malaysia merupakan dilema dalam konteks ekonomi dan sosial. Di satu sisi, pekerja asing diperlukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi dan di sisi lain, pekerja asing dianggap pencetus masalah sosial tertentu. Oleh yang demikian, isu tenaga kerja asing perlu ditangani secara bijak. Kebanjiran pekerja asing telah menjadi kerisauan kepada semua rakyat Malaysia namun hak untuk migrasi atau berhijrah adalah hak yang tidak dapat dihalang. Kerajaan perlu menggubal dasar agar keseimbangan dapat dicapai bagi negara sumber dan negara destinasi di mana sistem pengurusan migrasi yang baik menjadi titik mula kepada keseimbangan tersebut. Lambakan pekerja asing pada masa kini memberi gambaran bahawa pengurusan pekerja asing yang diamalkan sekarang tidak diuruskan dengan baik.  

 Berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah warga asing yang berada di dalam negara pada tahun 2021 ialah seramai 2.69 juta orang yang mewakili 8.2% daripada keseluruhan penduduk Malaysia iaitu seramai 32.66 juta orang. Pekerja asing dilihat sebagai faktor yang merancakkan ekonomi negara namun penggajian pekerja asing yang tidak terkawal boleh memberi impak yang negatif bukan sahaja terhadap masyarakat malah mengancam keselamatan negara. Isu ini perlu diperhalusi kerana Malaysia telah menjadi tumpuan negara destinasi bagi pekerja-pekerja asing di rantau ASEAN. Menurut laporan International Labour Organisation (ILO), migrasi buruh di antara negara-negara ASEAN telah meningkat dari 1.5 juta kepada 6.5 juta orang. Malaysia adalah antara negara yang menerima pekerja asing yang tinggi iaitu sebanyak 61.2% daripada jumlah keseluruhan. 

Artikel/Berita Terkini

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut

“𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗘𝗦𝗦..?”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Dalam suasana …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗗𝗔𝗥

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut