HAIWAN PELIHARAAN: TANGGUNGJAWAB DAN MANFAATNYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat) 

 

 TANGGUNGJAWAB 

Memiliki haiwan peliharaan umpama memiliki teman dan sahabat selain mampu membantu meningkatkan kesihatan mental individu. Namun begitu, memiliki haiwan peliharaan juga bermaksud memiliki tanggungjawab besar. Memiliki haiwan peliharaan bermaksud kita bertanggungjawab ke atas kebajikan haiwan tersebut. Kita bertanggungjawab memastikan ia sihat, kelihatan bersih dan kemas serta gembira.  

Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang pada tahun 2021 melaporkan penerimaan sekurang-kurangnya 15 aduan berkaitan pengabaian dan penderaan haiwan di negeri tersebut dalam tempoh sebulan. Kebanyakan aduan tersebut melibatkan kucing serta anjing. Kebanyakan kes membabitkan haiwan yang ditinggal atau dibiarkan pemilik selain terdapat laporan haiwan peliharaan yang dicederakan. 

Jangan disangka membela haiwan cukup hanya dengan menyediakan tempat tinggal dan memberi makan. Memiliki haiwan peliharaan bermaksud kita bertanggungjawab sepenuhnya ke ayas kebajikan haiwan tersebut termasuklah makan, kesihatan dan juga kebersihan selain perhatian. Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan haiwan peliharaan adalah: 

  • Berpengetahuan mengenai haiwan yang ingin dipelihara

 – Dapatkan maklumat lengkap daripada bahan bacaan sama ada dari internet, buku atau kedai haiwan keperluan khusus untuk haiwan yang diminati.  

– Sertai mana-mana kumpulan haiwan peliharaan bagi mendapatkan maklumat lanjut selain berkongsi pengetahuan. 

  •  Penjagaan kesihatan secara rutin 

 – Haiwan peliharaan memerlukan kesihatan berkala, tiga (3) bulan sekali selain harus diberikan vaksin (imunisasi) serta ubat cacing. 

– Pemilik haiwan peliharaan juga digalakkan untuk membawa haiwan peliharaan berjumpa doktor sekerap mungkin dan bukannya hanya ketika sakit. 

 

  • Penjagaan pemakanan 

 – Pastikan memilih dan membeli makanan haiwan peliharaan yang berkualiti dari segi kandungan vitamin dan mineral. 

– Elakkan haiwan peliharaan daripada memakan makanan berbahaya kepada mereka. 

 

  • Persekitaran bersih dan kondusif 

 – Haiwan peliharaan perlu dimandikan bagi tujuan kebersihan. Bagi kucing, bulunya perlu disikat atau diberus. 

– Sediakan bekas pembuangan najis haiwan yang bersesuaian selain menukar pasir pembuangan najis haiwan aoabila bertukar warna 

– Sentiasa pastikan tempat buangan najis haiwan peliharaan dikemas dan bersih setiap masa.  

– Sediakan permainan dan kawasan permainan serta istirahat yang sesuai untuk haiwan peliharaan anda. 

– Pastikan tiada tumbuhan toksik atau berbahaya di kawasan kediaman. 

Pastikan haiwan peliharaan mendapat senaman yang kerap bagi mengelakkan obesiti. Tanpa ruang yang mencukupi, haiwan peliharaan akan kurang aktif, mudah tertekan dan senang sakit. Jadi, sediakan ruang untuk mereka ‘bersenam’.  

Haiwan peliharaan juga membiak dan populasi mereka akan bertambah. Bagi mengelakkan sikap memelihara haiwan separuh jalan yang menyebabkan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing dilepaskan di jalanan, mandulkan haiwan peliharaan anda. Pemandulan haiwan peliharaan mampu membantu mereka untuk hidup lebih lama dan lebih sihat terutamanya bagi kucing kerana ia mampu mengelakkan kucing terdedah kepada barah rahim selain membantu mengawal sikap agresif kucing jantan.  

 

MANFAAT 

Besar tanggungjawab membela haiwan peliharaan, besar lagi manfaatnya. Haiwan peliharaan memberikan sokongan sosial dengan menjadi kawan terbaik tuannya. Kebanyakan orang merasakan bahawa mereka dapat berhubung dengan haiwan peliharaan mereka bahkan memiliki keperibadian yang hampir sama.  

Bagi sesetengah remaja, haiwan peliharaan mereka merupakan teman berbicara sekiranya mereka mempunyai masalah. Haiwan peliharaan umpama menawarkan gelembung keselamatan semua rahsia mereka terpelihara. Bagi remaja yang tidak mempunyai ramai kawan, memiliki haiwan peliharaan kadangkala boleh memenuhi keperluan sosial diri mereka. 

Dengan memiliki haiwan peliharaan mampu menggembirakan kanak-kanak atau remaja sekali gus  memberi mereka teman, kegembiraan dan kehidupan yang lebih bermakna berbanding dengan menghabiskan masa dengan permainan elektronik yang mampu menyebabkan mereka ketagihan dan lalai.  

Perasan dan sikap positif terhadap haiwan peliharaan mampu meningkatkan rasa harga diri dan keyakinan diri pemilik haiwan peliharaan tersebut.  Menjaga haiwan peliharaan mampu membentuk sikap bertangungjawab dalam diri seseorang individu. Menjalankan tugasan harian dalam menjaga haiwan peliharaan akan menjadikan kita lebih bertanggungjawab. 

Memilki haiwan peliharaan juga mampu meningkat kesihatan fizikal. Hal ini kerana haiwan peliharaan seperti anjing memerlukan aktiviti luar secara tidak langsung aktiviti tersebut akan memastikan pemilik haiwan peliharaan sentiasa aktif selain meningkatkan aktiviti fizikal. 

Akhir kata, memiliki haiwan peliharaan akan mengajar kita menghormati benda hidup yang lain. 

Sebarang aduan berhubung pengabaian atau kekejaman haiwan boleh dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar supaya tindakan lanjut boleh diambil di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722). 

Artikel/Berita Terkini

AHLI PERNIAGAAN 30-AN RUGI HAMPIR RM1 JUTA

Seorang ahli perniagaan dalam bidang perkakasan mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas dipercayai ditipu sindiket tawaran perniagaan dalam talian yang …
Maklumat Lanjut

6 PELATIH PUSPEN JELEBU LARIKAN DIRI, SEORANG DITANGKAP SEMULA PAGI TADI

Polis mengesahkan seorang daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu yang melarikan diri dari pusat berkenaan semalam, berjaya …
Maklumat Lanjut

LAGI KES KEMALANGAN DISEBABKAN LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH DI SENAWANG

Selepas sebulan, berlaku lagi kemalangan disebabkan melanggar lampu isyarat merah di Matahari Height di Senawang di sini Isnin lalu. Video …
Maklumat Lanjut