OPS PELEBALAN: LIMA PREMIS PERNIAGAAN DIKOMPAUN RM 17,000

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengeluarkan kompaun kepada lima premis perniagaan bernilai RM17,000 atas kesalahan menjual produk makanan yang rosak dan tamat tempoh dalam Ops Pelebalan pada Ramadan kali ini.

Menurut pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong, kesalahan berjaya dikesan hasil pemeriksaan ke atas 21 premis seperti pasar raya, pasar mini dan kedai runcit di seluruh negeri Terengganu. Antara kesalahan yang dikesan adalah menjual produk makanan dalam tin yang berkarat, kemek dan kembung serta produk yang sudah tamat tarikh luput. Tambahan lagi, sejak awal Ramadan sehingga kini, pihak JKNT telah memeriksa sebanyak 4,343 produk di pasaran.

Susulan itu, sebanyak 185 produk yang mengalami pelbagai kerosakan dan tamat tempoh bernilai lebih RM1,000 telah disita. Tindakan ini diambil selepas pemilik premis terbabit didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Seramai 28 anggota penguat kuasa daripada JKNT dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Terengganu menyertai operasi tersebut dan orang ramai dinasihatkan untuk membeli produk yang mempunyai logo jaminan keselamatan makanan seperti logo halal, Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) dan sijil MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri).

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut