PROGRAM SENTUHAN KASIH SINAR MADANI DAPUR KAUSAR BERSAMA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, NEGERI SEMBILAN

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Dapur Kausar megambil inisiatif untuk mendekati komuniti yang kurang diberi perhatian seperti golongan gelandangan, mualaf, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal dengan mengadakan Program Sentuhan Kasih Sinar Madani pada 11 April 2023 bertempat di The Kenduri, Seremban.

Program ini diadakan bertujuan memupuk semangat dan kesedaran kepada komuniti bahawa setiap golongan masyarakat adalah sama dan setaraf di sisi Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi mereka sentiasa dilindungi tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan jantina  selari dengan Teras 6: Keadilan Sosial, Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 selain memahami sisi hidup golongan gelandangan yang cuba kembali kehidupan normal terutamanya aspek penerimaan masyarakat.

Langkah untuk mendekati golongan ini juga sebagai inisiatif untuk mendekati golongan  yang selalu menjadi mangsa eksploitasi kumpulan-kumpulan tertentu untuk terlibat dengan aktiviti jenayah seperti pelacuran, scammer, penagihan dan pengedaran dadah, perjudian dan lain-lain.

Seramai 250 orang yang terdiri dari kalangan golongan gelandangan, mualaf, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal hadir dalam program berkenaan. Antara pengsian sepanjang program tersebut adalah sesi penerangan keselamatan, ceramah dan soal jawab agama yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Shah Rizan Bin Ibrahim dari MKN, majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut