Sandakan Sabah 3 April 2023: Majlis keselamatan Negeri Sabah melalui Pejabat Wilayah Sandakan telah mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan pelaksanaan Program Kasih Ramadan.
Pengisian dimulakan dengan ucapan Aluan dari Pengarah Keselamatan Negeri Sabah. Seterusnya ceramah bertajuk Ramadan dan Kejujuran.
MKN Sabah turut menyantuni 200 orang pelajar PPKK dan penduduk Kg. Bahagia yang terdiri daripada golongan asnaf.
Sebanyak 250 pek bubur lambuk diagihkan bersama kit alatulis dan sedikit sumbangan. Diharapkan program ini menjadi asbab semua yang terlibat mendapat manfaat di dunia dan rahmat di akhirat nanti.
Semoga kita semua mendapat hikmah bulan Ramadhan , bulan yang penuh berkat ini.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanTanggungjawabBersama