MENTERI PERTAHANAN BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA TUDM DI PANGKALAN UDARA SENDAYAN

SEREMBAN: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 500 orang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pusat Islam, Pangkalan Udara Sendayan, Bandar Sri Sendayan hari ini.

Kehadiran beliau bersama isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seriย Muhamad Norazlan Aris.

Pangkalan Udara Sendayan merupakan lokasi pertama beliau bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam majlis berbuka puasa tahun ini.

Pada majlis tersebut, Mohamad turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 50 orang daripada lima kategori penerima termasuk asnaf, anak-anak istimewa (orang kurang upaya), pesakit kronik yang terdiri daripada warga TUDM dan waris, balu dan saudara baharu.

Sumbangan yang disampaikan tersebut merupakan inisiatif melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam membantu meringankan beban mereka yang memerlukan khususnya warga ATM dalam suasana menyambut Ramadan.

Mohamad kemudian turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib seterusnya menikmati jamuan makan sebelum menunaikan solat Isyak serta solat sunat tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Staf 1 Agama, Markas Tentera Udara, Leftenan Kolonel Salahuddin Safeie. โ€“UTUSAN.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut