SINDIKET PENYELUDUPAN MANUSIA TUMPAS

Taktik sebuah sindiket penyeludupan manusia mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 seorang bagi menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) tumpas apabila seramai 15 orang warga asing ditahan pada 6 Mac lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, penahanan PATI terbabit dibuat menerusi Ops Gelombang 2.Ops yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Kelantan selepas kejayaan operasi pertama pada Oktober tahun lalu.

Dalam serbuan sekitar Jeli dan Gua Musang, pasukan operasi berjaya menahan seramai tiga orang lelaki warganegara Malaysia berumur antara 39 hingga 60 tahun yang bertindak sebagai β€˜transporter’ bagi sindiket itu.Dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap Pati untuk masuk ke Malaysia.

Kesemua PATI ini kemudian akan dibawa ke destinasi tertentu di luar Kelantan seperti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor untuk bekerja secara tidak sah.Kesemua PATI ditangkap disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

β€œManakala tiga orang lelaki tempatan pula akan dihadapkan ke mahkamah untuk perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan siasatan.Kesemua tiga buah kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM100,000 akan disita untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

Artikel/Berita Terkini

REGATTA LEPA SEMPORNA BUKTI KUKUH WARISAN BUDAYA SABAH

TAHNIAH: Christina (tengah) menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) kepada Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Penganjur, Alexander Liew …
Maklumat Lanjut

JANGAN TERPEDAYA DENGAN CERITA TIDAK SAHIH DI MEDIA SOSIAL

RASMI: Hajiji memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik rasminya majlis itu. TUARAN: Rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan …
Maklumat Lanjut