Kota Tinggi, 8 Mac 2023 – Majlis Keselamatan Negara, Negeri Johor telah menyertai Program Pembersihan Pasca Banjir Daerah Kota Tinggi Anjuran Majlis Daerah Kota Tinggi. Program gotong royong ini turut disertai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota Tinggi (BOMBA), Majlis Bandaraya Johor Bahru, SWCORP dan pasukan sukarelawan.
Agensi-agensi yang terlibat telah membantu membersihkan rumah kediaman serta kawasan sekitar yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini.
Semoga usaha yang kita berikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mangsa banjir yang terlibat.
#MKNJohor
#DKNmy
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#gobokmknj