AKTA TATA KELOLA SEBAGAI GARIS PANDUAN

Akta Tata Kelola bakal dikemukakan di sidang Parlimen sebagai garis panduan kepada prosedur perolehan dan pemberian kontrak.

Akta ini menjadi lanjutan kepada tata kelola dan peraturan perbendaharaan sedia ada dan dilihat langkah signifikan untuk mengelak ketirisan dan penyalahgunaan kuasa selain menjadi garis panduan kepada semua pihak pengurusan di jabatan dan kementerian. Garis panduan yang dimaksudkan adalah dari aspek harga serta tempoh waktu dan kualiti perkhidmatan atau barangan yang dibekalkan.

Dalam pada itu, penambahbaikan dengan mewujudkan Akta Tata Kelola adalah mustahak supaya tidak ada ketirisan disebabkan faktor rasuah, keuntungan terlampau tinggi atau perkara yang menyebabkan rakyat terbeban disebabkan ketidakpatuhan tata kelola. Sekiranya terdapat beberapa elemen penyelewengan, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa, pesalah itu akan terikat kepada hukuman jika pelanggaran itu dilakukan.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut