WALKABOUT SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH 2023.

Agensi Antidadah Kebangaan (AADK) Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Walkabout Sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Tahun 2023 di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi,Negeri Sembilan pada 19 Februari 2023.

Program sambutan ini telah diadakan serentak di seluruh negara untuk menyampaikan mesej “Pencegahan Dadah Bermula di Rumah” melalui tema “Lebih Baik Cegah”.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Walkabout sambil mengedar risalah antidadah, pameran pencegahan dadah dan permainan interaktif.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’Haji Mohamad Taufek Bin Abd Ghani,ADUN Paroi merangkap Pengerusi MTMD Daerah Seremban.

Program ini dilaksanakan sebagai peringatan dan pemakluman kepada masyarakat berkenaan Hari Antidadah yang akan disambut pada 19 Februari setiap tahun sempena pengisytiharan Dadah Musuh No. 1 Negara.

sumber: AADK Negeri Sembilan

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut