TANAH MERAH 20 Feb : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan menjalankan Penguatkuasaan Pemantauan Rondaan Pencegahan Penyelewengan Subsidi telah dijalankan di Stesen Minyak radius 50 km dari pintu sempadan negara.
Semakan buku lawatan pemantauan ditandatangani Pegawai dan maklumat belian, jualan serta rekod berkaitan bahan bakar petroleum dicatat untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan melakukan pemeriksaan dilaluan keluar Malaysia-Thailand ICQS Bukit Bunga dengan memeriksa kenderaan yang melaluinya.
Sumber: KPDN Kelantan

