“OP KONTRABAN” RAMPAS 3,400 KARTON ROKOK SELUDUP

Pihak polis melalui ‘Op Kontraban’ telah berjaya merampas 3,400 karton rokok seludup pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM400,000 dijumpai di atas jalan di laluan pantai berhampiran sebuah sekolah di Batu Rakit, Kuala Nerus.

Pasukan rondaan menemui longgokan kotak besar yang ditinggalkan di tepi jalan di kawasan berkenaan dan kemudian membuat pemerhatian dari jarak 50 meter. Selepas lebih dua jam, tiada sesiapa menghampiri kotak berkenaan dan anggota rondaan kemudian melakukan pemeriksaan terhadap longgokan kotak terbabit.

Pemeriksaan mendapati ada 68 kotak besar dengan setiap satu mengandungi 50 kartun rokok putih dengan dianggar bernilai RM400,000 yang dipercayai diseludup masuk untuk pasaran negeri ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, iaitu kesalahan memiliki rokok seludup yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 10 kali ganda nilai atau RM100,000.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut