GENG MOTOR BESAR SUNTIK MOTIVASI KEPADA PELAJAR

SEREMBAN – 30 ahli kelab motosikal berkuasa tinggi dari Bunian Bikers mengambil peluang memberikan motivasi dan inspirasi kepada 120 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau di sini pada Sabtu.

Motivasi dan perkongsian pengalaman itu melibatkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Salah seorang daripada penunggang berkenaan, Nik Amirul Asraff, 37 berkata, mereka menerima jemputan daripada salah seorang guru di sekolah itu juga merupakan ahli kelab berkenaan iaitu cikgu Wan Mohd Ariff Wan Mohamad untuk menyertai program yang dianjurkan pihak sekolah.

“Ia merupakan program yang santai di mana kami memberi nasihat dan bercerita pengalaman hidup dalam sekitar 20-30 minit kepada pelajar secara berkumpulan.

“Kehadiran kami ini adalah untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh bagi menjamin kehidupan pada masa hadapan,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, perkongsian itu turut melibatkan sudut agama yang bersesuaian dengan pelajar termasuklah mengingatkan mereka supaya tidak melakukan kerja sia-sia seperti menunggang motosikal tanpa lesen kenderaan yang sah.

Dalam pada itu, Nik Amirul yang juga merupakan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong, Shah Alam melahirkan rasa gembira dan berharap perkongsian itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar terlibat.

sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut