ADVOKASI KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN JALAN RAYA

 

KOTA BHARU, 9 Februari 2023 – Advokasi Keselamatan dan Pencegahan Kemalangan di jalan raya adalah program kerjasama antara JPJ Kelantan dan Pihak PERKESO kepada pengguna jalan khususnya golongan penunggang motosikal yang berisiko tinggi apabila menunggang di jalan raya.
Sehubungan itu, hari ini bertempat di Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) program ini diteruskan lagi dengan disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada pekerja pembaca meter AKSB yang sering menggunakan jalan raya untuk ke lokasi bagi melaksanakan tugas harian. Golongan ini amat terdedah kepada bahaya dan risiko berlakunya kemalangan di jalan raya.
Ceramah Keselamatan Jalan raya telah disampaikan oleh Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat dengan berkongsi tentang tip-tip dan aspek keselamatan serta peraturan yang harus dipatuhi apabila berada di jalan raya.
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan sentiasa komited untuk memastikan pengurangan kadar kematian dan kemalangan jalan raya dpt direalisasikan dan advokasi sebegini akan diteruskan bagi memastikan pengguna jalan raya berdisplin, berhemah dan bertimbang rasa seterusnya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Tanda …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut