DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
Nilai Teras Keselamatan Negara 8: Keselamatan Rakyat (Penguatkuasaan Undang-Undang)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan Penguatkuasaan Ops motosikal, di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang,bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari pada 6 Februari 2023.
Operasi motosikal yang diadakan ini, bertujuan untuk memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa seperti memiliki lesen memandu yang sah dan Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) yang berkuatkuasa, serta memastikan motosikal mereka tidak melakukan penggubahsuaian untuk tujuan lumba haram, uji kelajuan atau rempit.
Sejumlah 653 buah motosikal telah diperiksa, daripada itu, sebanyak 67 penunggang motosikal dikenakan tindakan dengan jumlah keseluruhan 109 notis saman dan teknikal telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran, pamer nombor pendaftaran fancy dan extreme, tiada cermin sisi dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran. Sebanyak sebuah motosikal warga asing disita dalam operasi ini.
Penunggang dan pemilik motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang berkuatkuasa serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama.
Sumber: