JATA PERSEKUTUAN: PEMAKAIAN LAMBANG KERAJAAN PERSEKUTUAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 3: Kesepaduan Nasional (Kepentingan Persekutuan)

Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2005 bertajuk Pemakaian Lambang Kerajaan PersekutuanΒ  telah dikaji semula dan ditambah baik dengan tatacara penggunaan Jata Persekutuan sebagai lambang Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan.

Jata Persekutuan adalah hak Kerajaan Persekutuan. Kegunaannya adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan penggunaannya dihadkan kepada Kementerian, Jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan apabila bertindak atas urusan rasmi masing-masing.

Penggunaan Jata Persekutuan tanpa kebenaran adalah menjadiΒ suatu kesalahan dan sekiranya disabitkan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

* Akta 414- Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963

 

Sumber:

Jabatan Perdana Menteri

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut