850 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISITA KPDNKSH KELANTAN

 

TUMPAT 05 Dis : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHKSH Negeri Kelantan telah menjalankan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan disini semalam.
Pada jam 07.30 petang pasukan menerima maklumat risikan pergerakan sebuah kenderaan mencurigakan dari Kota Bharu menuju ke Tumpat, Kelantan.
Pasukan bertindak mengekorinya dan menyerbu kepada kenderaan tersebut, namun saspek menyedari kehadiran pasukan saspek bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran di lokasi kejadian tepi jalan Kg. Teliar Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan.
Pemeriksaan lanjut telah menemui minyak masak bersubsidi anggaran sebanyak 850kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM 2125.00 dipercayai membawa muatan barang kawalan bersubsidi ke kawasan pengkalan haram sekitar sempadan negara.
Pasukan bertindak menyita minyak masak peket 1kg bersubsidi dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM12,125.00
Kes ini akan dijalankan siasatan lanjut dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil KPDNHEP selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut