KSU K-KOMM DILANTIK SEBAGAI ANTARA EMPAT PENASIHAT INDUSTRI UKM-GSB

BANGI, 16 Nov (Bernama) — Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek dilantik sebagai seorang daripada empat penasihat industri di Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB).

Watikah pelantikan Mohammad diterima oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) K-KOMM Mastura Ahmad Mustafa, yang mewakili beliau, pada majlis pengiktirafan alumni UKM-GSB di sini malam ini.

Watikah itu diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM Profesor Datuk Dr Norazah Mohd Nordin.

Menurut kenyataan UKM, tiga lagi penasihat industri yang dilantik ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Berhad Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali, Ketua Eksekutif Negara dan Pengarah Bureau Veritas Malaysia bagi Komoditi, Industri dan Fasiliti Rantau Asia Tenggara Datuk Mohd Nizam Abdul Malik serta Ahli Lembaga Malaysia Venture Capital Management Berhad Manokaran Mottain.

Kenyataan itu memaklumkan penasihat industri UKM-GSB yang dilantik itu antara lain berperanan memberi khidmat nasihat berkaitan kualiti kurikulum program akademik dan hal ehwal berkaitan akreditasi di universiti berkenaan.

Pada majlis itu, Norazah turut melancarkan Tabung Sarjana GSB-Konsortium Universiti Malaysia (CMU) bernilai RM100,000.

abung CMU, yang dipengerusikan oleh seorang alumni UKM iaitu Datuk Seri James Wong Tze Wei, bertujuan meningkatkan lagi aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat universiti itu.

 

SUMBER : BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut