KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyasarkan keuntungan sebanyak RM80 juta pada tahun 2023, berbanding dengan pencapaian sebenar bagi tahun lepas adalah sebanyak RM75 juta.
Menteri Besar YAB Ustaz Datoโ Ahmad Yakob berkata, pada tahun lepas, 14 Syarikat Anak telah mencatatkan keuntungan yang tinggi dan hanya tiga syarikat sahaja yang mengalami sedikit kerugian. Berbanding tahun 2019, hanya sembilan syarikat telah mendapat keuntungan.
Kita di Kelantan mempunyai lebih 1000 usahawan yang telah berjaya. 200 daripadanya mendapat manfaat daripada Pusat pengumpulan dan penjualan produk-produk usahawan Kelantan iaitu KALA Sentral.
Justeru, kejayaan PKINK yang tersenarai di antara tiga Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yang mencapai keuntungan terbaik di Malaysia bagi tahun 2021 selayaknya diberi perhatian dan dengan itu saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Kumpulan PKINK.