KOTA BHARU 26 Okt : Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan dengan kerjasama anjuran Global Trade Shield Sdn Bhd telah mengadakan Advokasi dibawah Akta Cap Dagangan 2019.
Objektif diadakan bagi memberikan latihan kesedaran produk dan pendedahan pengetahuan berkaitan penguatkuasaan dibawah Akta Cap Dagangan 2019.
Dalam advokasi tersebut diadakan Taklimat Barang Tiruan daripada Pemilik Cap Dagang Berdaftar Global Trade Shield disampaikan oleh YBrs. En. Raymond Anand a/l Nagarajah, Pengarah Urusan Global Trade Shield Sdn. Bhd.
Majlis diserikan lagi dengan perasmian majlis disempurnakan YBrs. Tuan Hj. Azman bin Ismail, Pengarah KPDNHEP Negeri Kelantan.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDNHEP Kelantan.
Selain itu antara agensi yang hadir mewakili Batalion 7 Pasukan Gerakan AM, Briged Tenggara, Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tumpat Kelantan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kota Bharu Kelantan, Pegawai Briged ke-8 Infantri, Angkatan Tentera Malaysia dan Pegawai KPDNHEP Negeri Kelantan.
Advokasi majlis diadakan di Dewan Putri Saadong 1, Aras 1 Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan disini hari ini.